CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 5, 2010

01 OCTOBER 2010

sorry sebab tak 'open' kemarin. bukan aku cuba lari dari kenyataan. sama sekali tidak. kau cuma risau. semakin banyak aku berkata-kata, semakin banyak airmataku akan jatuh.
Ye, aku lemah dalam soal ini. kau adalah kelemahanku sayang. walau segagah mana aku cuba bertahan. namun airmata tidak pernah berhenti menunjukkan kesakitan dan kepedihan yang aku rasakan didalam.
Maaf andai aku terpaksa berkasar ketika itu.
" YOU DIAM ! "
perkataan itu keluar secara tidak langsung dari bibirku. aku tidak mahu dia terus bersuara. setiap kata-kata yang keluar dari bibirnya adalah duri yang tajam dan menyesakkan jantungku.
kau tak couple dengan yg lain kerana ingin menjaga hati dan perasaan aku?
kau sayang aku namun belum bersedia untuk sesuatu yang lebeh serious?
dan kau juga berkata, kau tidak mahu aku terlalu berharap?
dan bertanya lagi, apa yang boleh membuat aku bahagia?
kalau kau mampu, kau akan cuba lakukan?
haha. setiap satu perkara yang kau lontarkan sentiasa bermain di kotak fikiran aku. tidak tenang rasanya jiwa ini selagi belum ku luahkan pula apa yang ku rasakan saat itu.
sejujurnya aku tidak berhak untuk menyekat kebebasan kau untuk mencintai yang lain. begitu jaga kau. kau tidak berhak menghalang hati kau untuk terus mencintai kau.
walau apa pun terjadi, selagi aku masih mampu bertahan, selama tuhan masih mengizinkan, aku akan selalu menunggumu.
sama ada betul atau salah jalan yang aku pilih, biar aku yang tanggung risikonya. kau tak perlu berusaha membahagiakan aku hanya kerana simpati. aku tidak perlukan semua itu.
Di tanya apa yang boleh buat aku bahagia?
perkara perkara yang mampu membuat aku bahagia adalah saat kau menerima aku dengan tulus dan ikhlas. aku akan tunggu saat itu meski sampai syurga.
Ekhsan, walaupun batin I disiksa dengan kejam, namun percayalah tidak pernah sesaat pun dalam hati I untuk mempersalahkan you dalam soal ini.
yang bersalah adalah I . I salah kerana terlalu mencintai you.
Dan jika mencintai you adalah satu kesalahan, I tak nak menjadi yang betul :')

0 comments: